I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, February 15, 2013

ALBUM KOMPILASI GRADUNG GRADENG 2012 DI PASARAN

KOMPILASI GRADUNG GRADENG  2012 DALAM FORMAT DVD  SUDAH ADA DI PASARAN




ANTARA BAND YG TERDAPAT DALAM KOMPILASI INI

01. BAND AXE ( Bera , Pahang )
02. BAND CHENOZ ( Sg Tiang, Gerik)
03. BAND KPI ( Pulau Indah, Pelabuhan Klang )
04. BAND THE ROSAK ( Bukit Tampoi, Dengkil )
05. BAND CHELDOL ( Kuala Betis, Gua Musang )
06. BAND D RITAS ( Kg Kelubi , Kampar, Perak )

Kepada anda yang berminat boleh layari --> https://www.facebook.com/messages/#!/pages/Gradung-Gradeng-ASYIKfm/199804053374728 dan juga grup https://www.facebook.com/messages/#!/groups/172457029470351/ terima kasih atas sokongan anda untuk rancangan Gradung Gradeng ... Majulah Muzik Orang KITA ....

Monday, May 16, 2011

Koleksi Gradung Gradeng 2011

Band dari Pahang, Kumpulan AXE



The Rosak Band dari Dengkil, Selangor





Wednesday, August 11, 2010

Band baru!

Selamat Berpuasa kepada semua!

Band Baru, yang belum di perkenalkan lagi dalam segmen Gradung Gradeng ini khas untuk tatapan peminat GG 2010 secara esklusif melalui Blog ini. Band ini di beri nama ASTE ONE berasal dari Desa Temuan Damansara PErdana , Petaling Jaya, Selangor.


ASTE ONE adalah gabungan perkataan ASLI TEMUAN di anggotai oleh 5 orang anak muda Ajoi[voaklis,]Asim, [lead], Azizie[Rhythm Guitar], Amy[drummer] & Gajuk[Bassist]


GG mengalu-alukan kehadiran band-band baru mewarnai industri muzik orang kita yang semakin hari semakin baik menghadirkan band yang berkualiti. membuat rakaman di Studio AKARKARYA. Mereka menghantar demo ke ASYIKfm sebagai EP single untuk siaran radio. Selalu mendengar ASYIKfm, untuk mendengar lagu-lagu EP terbaru Kumpulan ASTE ONE ini...

Tahniah...ASTE ONE!

Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DAN BULAN KEMERDEKAAN KEPADA SEMUA PENDENGAR ASYIKfm

SALAM 1 MALAYSIA DAN SALAM MERDEKA

Bulan kemerdekaan akhirnya datang juga, dan juga tidak lupa ASYIKfm dan Kru Gradung Gradeng mengucapkan selamat berpuasa kepada pendengar kita yang ber agama Islam.

Untuk Bulan Ogos ini kru Gradung Gradeng berehat untuk kerja-kerja rakaman luar, dan penjelahan pencarian bakat-bakat dalam GG sempena bulan puasa ini, kita juga akan preview lagu-lagu dan kumpulan yang telah bersama GG 2010 ini dalam rancangan Gradung Gradeng seperti biasa setiap Jumaat jam 3.10 hingga 4.00 petang.

Buah tangan terbaru daru Ru-Why Music Production menerbitkan klip video single Jerpas lagu bertajuk Hak Nuk En yang di nyanyikan oleh Long Exsan, komposer terbaik Juara Asyik 2010. Sebuah Klip video yang berkualiti terbitan dari 100% hasil kerja Orang kita sendiri saksikan!!

Tuesday, July 13, 2010

SEMARAKKAN LAGI PENCIPTAAN LAGU DARI MASYARAKAT ORANG KITA...



Salam 1Malaysia kepada semua pelayar Gradung-gradeng, Terima kasih kerana anda menyokong Rancangan ini sehingga ia menjadi antara rancangan terbaik di ASYIKfm walaupun masih baru di ASYIKfm. Tanpa sokongan anda siapalah Gradung-Gradeng...

ASYIKfm tetap menghargai penyertaan belia-belia dalam Rancangan ini terutama nya kumpulan-kumpulan yang telah bersama kami sejak awal rancangan ini iaitu pada awal 2009.
Tahniah kepada band-band yang berjaya berdikari sendiri menerbit kan EP atau Album sendiri. kita dapat lihat kemunculan Battle of Orang Kitak Terbitan Serasi Music, Band-band lain seperti Redstone, Nada Maya, Khazanah, Key-loi, Mamak Rafi, Survival, Menterra, 0.1.5, Selindung Jingga, Sah-Murai, Cheldoll, Escape dan banyak lagi band yang berjaya tak kiralah berjaya menerbit kan ep, album atau pun dah semakin berjaya mendapat undangan-undangan membuat persembahan di luar...semoga anda berusaha lagi untuk lebih berjaya, jangan jemu untuk terus belajar...dan Gradung-gradeng akan terus mencari bakat-bakat baru...kualiti yang kami cari namun band-band yang baru berjinak untuk bermain muzik mantapkan lagi permainan anda...

Menjelang Julai & Ogos ini...untuk beberapa minggu jangan lupa untuk terus mendengar GG pada setiap Jumaat 3.10pm-4.00pm kerana kita akan mengadakan kuiz GG pada setiap minggu, soalan akan dikemukakan kepada pendengar semasa rancangan yang berkaitan dengan segmen gradung gradeng. hadiah menarik menanti anda...jadi terus mendengar ASYIKfm...Moi Nong Moi...

Beberapa lagi kumpulan muzik akan diperkenalkan untuk bulan Julai ini iaitu:

1.) JERMUS [5 lagi lagu baru]
2.) SERIMAI
3.) HANNY BAND

Friday, May 28, 2010

RAKAMAN GG LOKASI POS BROOKE GUA MUSANG...


ASYIKfm POS BROOKE GUA MUSANG...

26, 27 & 28 Mac 2010

ASYIKfm, Berkampung di Pos Brooke Gua Musang Kelantan, untuk rakaman Lokasi GG 2010 buat pertama kali buat tahun 2010. Setelah kekangan "budget" yang cukup terhad..namun itu bukan alasan buat krew-krew yang terlibat terimakasih kepada krew Warisan sound, ASYIKfm terdiri daripada Penerbit GG 2010 Noriman Adnan, Asmi MAt & Long Ehsan Along.



Banyak bakat baru berjaya di cungkil, khas nya dalam penciptaan lagu di kalangan Suku Temiar kali ini lagu-lagu mereka memang berkualiti dan ada kelas tersendiri...Pendengar pun mesti tertanya-tanya kemunculan band-band baru 2010 seperti Chedoll, Gerajos, B4G1 [B-four G-one], ESCAPE & TAREK.
KREW GRADUNG GRADENG 2010 POS BROOKE GUA MUSANG

Mereka ada kelainan tersendiri, dan di harap banyak lagi-lagi band orang kita yang menyerlah pada masa akan datang.Selagi di izinkan pihak pengurusan ASYIKfm untuk mencari dan mengetengahkan mereka-mereka ini kami akan teruskan...di harap kemunculan mereka bukan hanya di sini, kepada band-band lain berusaha gigih dari sekarang...kerapkan latihan dan mantapkan permainan anda!!! Bersedia untuk Juara ASYIK [Band] 2011!!!


gambar-gmbar menarik untuk tatapan pelayar2 blog ini: Pos Brooke Gua Musang...